RSS

University College Dublin

UCD merupakan salah sebuah university yang menyediakan Ijazah Perubatan MBBS kepada pelajar-pelajar Malaysia selain RCSI, UCC (Cork), NUIG (Galway) dan TCD (Trinity) di Ireland. Kedudukannya terletak jauh sedikit dari kawasan Bandar berbanding Trinity College dan juga Royal College Surgeon. Keluasannya sekira 132 hektar dan terletak sejauh 4 km dari Bandar Dublin.

    Pelajar-pelajar yang menginap di dalam kampus UCD biasanya diletakkan di dua buah residen samada Merville ataupun Belgrove. Para pelajar boleh memilih untuk menetap di residen yang dirasakan sesuai buat mereka. Kos bagi menyewa bagi kedua-dua buah residen ini adalah sama sekitar 530 euro sebulan. Kos ini termasuk bil elektrik dan juga internet. Tiada had dikenakan bagi menggunakan kedua-duanya.

Salah sebuah residen di UCD (sumber gambar)

    Untuk semester pertama, para pelajar akan diperkenalkan dengan system pembelajaran secara tradisional. Dalam erti kata lain, para mahasiswa UCD akan belajar mengikut subjek seperti Biokimia, Anatomi, Fisiologi dan lain-lain lagi. Namun begitu, system pembelajaran integrasi akan diterapkan dalama semester seterus dan berikutnya. Secara amnya, para dikehendaki mengambil 5 subjek perubatan dan satu subjek elektif yang menjadikan enam subjek secara keseluruhan.

     UCD menyediakan beberapa kemudahan buat para penuntutnya. Antara kemudahan yang disediakan adalah kemudahan perbankan, kemudahan sukan, restoran dan kafe, perpustakaan dan sebagainya. Bagi pelajar-pelajar muslim, surau juga disediakan. Lokasinya berhampiran dengan fakulti perubatan yang mana memudahkan para pelajar untuk bergerak ke sana.

     Dalam pada masa yang sama, Universiti College Dublin terletak bersebelahan dengan Islamic Cultural Centre Ireland (ICCI) atau lebih dikenali sebagai Masjid Clonskeagh. Disini anda boleh mendapatkan bekalan makanan halal seperti ayam dan daging dengan harga yang berpatutan di samping bahan-bahan memasak yang lain. Dibawahnya juga turut disediakan restoran makanan halal.

Masjic Clonskeagh

     Secara amnya, anda amat bertuah kerana dapat menyambungkan pelajaran ke UCD sebagai salah seorang pelajar perubatan. Setiap keperluan yang diperlukan buat seorang mahasiswa lengkap disediakan disamping para pensyarah dan pegawai pengurusan yang sedia membantu anda. Berkenalan dengan pelajar-pelajar dan penduduk tempatan juga merupakan satu pengalaman yang menarik. Kami senior-senior di UCD juga sedia membantu anda dengan sebarang pertanyaan mahupun masalah yang timbul.

Hope to see you here!  =)

__________________

Penulis, Abdul Salam Abdul Manaf merupakan pelajar tahun 1 di UCD. Beliau boleh dihubungi melalui email salam_kakashi@yahoo.com dan di laman Facebook Abdul Salam

 
 

Ollscoil na hÉireann Gaillimh

Ollscoil na hÉireann, Gaillimh atau lebih dikenali sebagai National University of Ireland Galway (NUIG) semestinya menawarkan pengalaman yang berharga dan menarik untuk para pelajar yang bakal menuntut ilmu di sini.

Quadrangle NUIG

Terletak  bersebelahan dengan River Corrib yang menjadi nadi bandar Galway, universiti ini mempunyai enam fakulti:

 •  College of Arts and Celtic Studies
•  College of Engineering
•  College of Medicine, Nursing and Health Sciences
•  College of Science
•  Commerce Faculty
•  Law Faculty

NUIG – Persediaan

NUIG merupakan salah satu universiti yang bernaung di bawah Irish Universities & Medical Consortium (IUMC). Jadi untuk menempah tiket ke sini, pelajar dari Malaysia perlu menghadiri temuduga oleh pihak IUMC. Disebabkan orang Irish terkenal dengan sifat peramah, maka tak perlulah risau! Lazimnya, temuduga akan dijalankan dalam suasana yang cukup mesra dan friendly. Selain daripada soalan wajib ‘kenapa nak jadi doktor, kenapa pilih Ireland, dsb’ lazimnya pelajar akan ditanya mengenai Ireland. Soalan-soalan seperti ‘Siapa Presiden Ireland, populasi penduduk Ireland, tokoh terkenal dari Ireland, serta persamaan antara Ireland dan Malaysia dari sudut sejarah’ adalah soalan yang mungkin akan ditanya.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut

  • IB – 36 points excluding bonus point with minimum 6 in Higher Level subjects
  •  A –Level -  14/15
  •  IELTS – minimum point 6.5

Anda juga digalakkan membeli buku-buku yang diperlukan (untuk mendapatkan senarai buku, sila hubungi saya) dari Malaysia kerana buku-buku di sini mahal. Dinasihatkan juga anda menghubungi senior-senior daripada NUIG untuk memudahkan sebarang urusan sebelum ke sini.

Perubatan di NUIG

Fakulti perubatan di NUIG terletak di Clinical Science Institute, University College Hospital Galway (UCHG). Kursus perubatan 5 tahun yang ditawarkan di NUIG adalah integrated modular curriculum. Ini bermakna para pelajar akan belajar mengenai system-based learning (e.g cardiovascular system, respiratory system) berbanding traditional learning syste’. Oleh itu, subjek-subjek seperti Anatomy, Physiology, Biochemistry, Medicine dan Surgery akan dimasukkan sekaligus ke dalam system-based learning

University College Hospital Galway

Secara umum, 2.5 tahun akan diperuntukkan untuk Pre-clinical Years. Pada waktu ini, para pelajar akan belajar di dalam bilik kuliah. Tiada PBL, jadi jangan risau! Pengalaman yang paling seronok tentulah berada di dalam dissection room dan membedah mayat! Di NUIG, Anatomy Gross-Lab dijalankan sebanyak 2 kali seminggu dan sesi ini sebenarnya sangat menyeronokkan, jauh sekali ngeri dan menakutkan!

NUIG juga menawarkan subjek Professionalisme di mana para pelajar akan diajar untuk menjadi doktor yang baik dan cemerlang melalui Communication & Clinical skills,  Health Informatics, Medical law, Ethics and Human Rights dsb.

2.5 tahun seterusnya adalah untuk Clinical Years. Sewaktu di Clinical Years, para pelajar akan ditugaskan di UCHG sendiri atau akan ditempatkan di hospital-hospital terpilih seperti di Letterkenny, Castlebar, Roscommon dan Sligo . General-practitioner (GP) visit juga merupakan antara agenda yang dilalui oleh para pelajar clinical years.

Galway – City of Tribe

Galway merupakan pekan kecil yang terletak di bahagian barat Ireland.  Galway dipanggil City of Tribe kerana sejarah kewujudan bandar ini adalah disebabkan 14 keluarga pedagang yang telah menghidupkan bandar Galway melalui urusan perdagangan melalui Corrib River. Tenang, aman dan sentosa, Galway merupakan tempat yang paling harmoni untuk belajar dan tinggal selama lima tahun. Corrib River yang menjadi nadi bandar ini mengalir tenang ke Lautan Atlantik di Galway Bay.

Muara Corrib River di Claddagh, Galway City

Galway juga merupakan gerbang ke Connemara, kawasan terbesar di Ireland yang mempunyai penduduk yang masih mengamalkan bahasa Gaelic, bahasa tradisi Ireland. Malah, budaya dan cara hidup bangsa Celtic masih dapat dilihat di Galway. Tidak lupa juga, Cliff of Moher yang juga terletak berdekatan dengan Galway. Pendek kata, Galway merupakan pekan yang dikelilingi pemandangan indah yang memukau jiwa!

Cliff of Moher

Tidak lupa juga kepada penduduk yang ramah dan sentiasa murah untuk menghulurkan senyuman dan bantuan!

Komuniti Malaysia di Galway

Komuniti Malaysia di Galway tidaklah ramai. Sekitar 200 orang. Namun tidak ramai tak bermakna tak meriah! Pelbagai aktiviti yang diaturkan untuk mengeratkan hubungan ukhwah antara komuniti Malaysia di sini.

Vibrant Malaysians in Galway

Di sini para pelajar tahun 1 lazimnya duduk di hall (asrama) universiti. Namun, para pelajar boleh menyewa  rumah apabila masuk tahun ke-2 dan seterusnya. Rumah para pelajar Malaysia di Galway biasanya lebih murah, lebih besar dan lebih selesa.

Setakat ini dahulu maklumat mengenai NUIG.

Céad Míle Fáilte! Kami nantikan kedatangan anda ke sini.

Selamat berjaya!

__________

Penulis, Aisyah Abd Razak merupakan pelajar tahun 3 di NUIG dan merupakan aktivis ISMA Ireland dan merupakan Lajnah Akademik, Persatuan Pelajar Islam Malaysia Galway (PPIMG) serta terlibat aktif dalam Muslim Youth Society NUIG. Penulis boleh dihubungi melalui email aisyah.abdrazak@gmail.com dan di laman Facebook ‘Aisyah Abd Razak’

 
 

Ini kisahku – Bahagian II

“ Sesiapa yang meguasai Palestin, maka dia menguasai dunia.”

Solahuddin Al-Ayyubi

Kata-kata Panglima Salahuddin Al-Ayyubi ini mencuit hatiku. Apakah ciri-ciri pasukan Salahuddin Al-Ayyubi ini sehingga mampu mereka menembus benteng Kota Baitul Maqdis yang dikira sangat kuat itu?

“Taqwa dan Iman kepada Allah serta menjauhkan diri daripada maksiat adalah kunci pertama kepada kemenangan dan petanda kepada berita-berita yang baik”

“Beliau tidak pernah meninggalkan solat berjamaah melainkan beberapa hari ketika sakit sebelum kematiannya.”

“Solahuddin juga sentiasa mengerjakan sembahyang Tahajjud.”

Sungguh, Taqwa dan keimanan kepada Allah menjadi kunci kejayaan Generasi Salahuddin ini.

Namun, aku berasa ada kekurangan lagi dalam diriku sendiri.

Masa ku masih banyak ku luangkan pada perkara yang tidak berfaedah.
Solatku masih lagi ditunaikan pada akhir-akhir waktu. Solat sunat apatah lagi. al- Quran pun jarang untuk aku buka dan baca. Dinding-dindingku bilikku banyak lagi tertampal gambar-gambar artis tempatan dan luar negara.

Oh, rupanya aku juga masih jahil agama! Berkobar-kobar untuk pergi ke Palestine membantu ummat, tapi diri sendiri masih kurang ilmu agama dan masih kurang amal ibadah. Berkobar-kobar untuk memboikot barangan Zionist, tetapi diri sendiri kurang berkeyakinan untuk mengajak orang lain untuk turut memboikot barangan Zionist.

Malam itu, selepas usai solat Isyak, ku dirikan solat Taubat sesungguh-sungguhnya. Ku tadahkan doa memohon keampunan Allah terhadap kelalaian diriku sendiri. Ku panjangkan sujud untuk aku lebih dekat kepadaNya. Ku mohon kepada Allah supaya sentiasa memimpinku ke jalan yang benar. Ku mohon kepada Allah supaya aku menjadi orang yang berguna dan lebih baik.Aku juga memohon supaya Allah membuka pintu hatiku seluas-luasnya untuk aku menerima hidayah dan petunjuk dariNya. Sehingga lewat malam aku bersendirian di tiker sejadah, basah bajuku mengenangkan ketidak sempurnaan diriku dan tidak mampuan diriku untuk membantu Palestine.

……………

Alhandulillah, bertitik tolakkan cemarah Palestin yang dianjurkan oleh Aman Palestine di Masjid Ubudiyah Shah Alam yang pernah aku sertai ketika cuti SPM pada 2006 telah banyak mengubah diriku untuk menjadi seorang yang lebih baik.

Kini aku juga sudah semakin yakin untuk memberi ceramah mengenai Palestine dan maruah umat Islam disana. Jemputan-jemputan ceramah dari sekolah mahupun surau-surau cuba aku penuhi.

Peristiwa yang paling aku ingat ialah ketika aku memberi ceramah Palestine di dalam salah satu program KRIM Pulau Pinang pada Ramadhan yang lalu di Sekolah Rendah Kepala Batas. Usai sahaja aku memberi ceramah, seorang makcik yang tiba-tiba datang dengan lenangan air mata menyerahkan gelang tangannya kepadaku. Dalam sebak tangisannya, dia berkata; “Makcik harap gelang tangan ni akan jadi saksi di depan Allah nanti bahawa makcik juga ingin membantu ummat islam di Palestin.”

Belum cukup dengan itu, seorang pakcik turut tampil bertemuku secara peribadi. Di tangannya ada wang tunai sebanyak RM2000 untuk didermakan buat Palestin. Rupa-rupanya pada penghujung ceramah tersebut, pakcik tadi telah memandu keretanya ke sebuah mesin ATM yang terdekat untuk mengeluarkan duit tersebut.

Subhanallah, aku dulu juga jahil mengenai ini, tapi berkat usaha aku sendiri yang ingin menambah ilmu dan kemahiran, Allah izinkan aku untuk membantu ummat Islam dengan menyebarkan kefahaman pengenai isu ini. Aku tidak mampu untuk pergi ke Palestine, tapi aku cuba sedaya mungkin untuk membantu mereka disana.

“Tiada beriman seorang dari kamu sehingga dia mencintai segala sesuatu bagi saudaranya sebagaimana yang dia cintai bagi dirinya.” (HR. Bukhari).

 
Leave a comment

Posted by on May 25, 2011 in Al-Aqsa, Kreatif

 

Ini kisahku – Bahagian I

“Bermula selepas termelerainya Deklrasi Balfour, tanah Palestine mula dicerobohi oleh orang Yahudi dan berlakunya penghijrahan orang Yahudi secara besar-besaran”

“Masjid Al-Aqsa itu bumi Para Anbiya, kiblat pertama umat Islam, masjid tersuci ketiga selepas Masjid Nabawi dan juga destinasi Israk mikraj. Tidakkah kita ambil peduli?”

Hari ini aku berasa sungguh kerdil. Seolah-olah ada perkara tidak kena.

Begitu banyak rupanya aku tidak tahu.Walaupun aku mendapat keputusan SPM dengan markah A1 dalam subjek Pendidikan Islamku, tapi itu tidak mampu memberikan aku pengetahuan yang cukup mengenai isu ini. Kesal apabila tidak tahu.

Aku tidak dihantar ke sekolah agama ketika bersekolah rendah. Ibu kata, penat nanti nak sekolah rendah waktu pagi, sekolah agama waktu petang, UPSR nanti tak boleh tumpu. Akibatnya, tulisan jawi pon aku merangkak-rangkak. Padahal rakan-rakan lain sangat laju membaca tulisan jawi. Layakkah aku salahkan ibuku kerana tidak menghantar ke sekolah agama?

“Sejak Deklarasi Balfour, nama Palestine telah lenyap di peta dunia. Yang ditulis diatas Negara tersebut ialah Israel.”

“Umat Islam hari ini boleh dibahagi kepada 5 jenis golongan:
1. Golongan majoriti yang tidak tahu langsung atau hampir tidak tahu mengenai isu Palestin
2. Golongan yang telah putus asa dan tidak memberi harapan kepada Palestin
3. Golongan yang meletakkan harapan kepada kuasa-kuasa besar dunia
4. Golongan yang mengharapkan keajaiban tanpa usaha seperti menantikan kedatangan penyelamat seperti Imam Mahdi dan Nabi Isa dan yang lain-lainnya.
5. Golongan yang meyakini bahawa kemenangan akan dimiliki semula dengan mencontohi kepada perjuangan generasi sebelumnya.

Maka, golongan jenismanakah yang anda ingin jadi?”

Persoalan yang dikeluarkan oleh Dr Zainurrashid pada pagi tadi masih tergiang-giang di telinganya.

Salah akukah bila aku banyak tidak tahu mengenai ini. Sekarang aku sudah berada usia sebaya dengan Sultan Muhammad Al-Fatih ketika dia memimpin tentera Islam menakluk kota Costantinople. Tapi aku sangat jauh dengan dia, pemuda Al-Fatih itu.

Malu aku terhadap diri sendiri apabila isu-isu umat Islam masih aku tidak tahu. Cerita Palestine yang disampaikan oleh Dr Zainurrashid banyak mencuit imanku. Aku berasa sangat sayu mengenangkan penderitaan tanah suci Islam itu. Aku berasa sangat kerdil kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk umat Islam disana. Aku hanya remaja mentah yang tidak tahu apa-apa mengenai Palestin kecuali sedikit. Tetapi kisah penderitaan dan nasib maruah tanah suci Islam disana membuatkan aku berasa ingin menanam cita-cita kecil untuk menjejakkan kaki ke Palestine untuk turut mengangkat senjata.

…………..

Ada benda yang menjadi hati aku sayu. Sayu kerana masyarakat diluar sana masih lagi tidak faham Palestine. Masyarakat sana masih lagi bergantung pada Mc Donald,Nestle dan Starbuck Coffe!

Aku menggeleng kepala kepada mereka yang sedang makan di Mc Donald dan kedai Starbuck. Mengeleng-geleng kepala juga kepada mereka yang menyambar barangan-barangan Nestle masuk ke troli masing-masing ketika membeli belah di supermarket. Terasa sedih apabila ramai yang masih menyapukan bedak Johnson & Johnson di badan mereka tanpa rasa bersalah.

Masakan mereka tidak tahu syarikat yang sedang mereka bayar untuk makan itu menyumbang kepada Zionist!

’Hey, sapa beli Milo Nestle ni? Yang kita kene boikot!’ monolog aku didalam hati. Masakan aku tidak sensitif, dirumahku sendiri ada orang yang masih menggunakan produk Nestle. Rupanya ibu ayahku dan adik beradikku yang lain memang peminat setia milo. Macamana aku mahu katakan tidak kepada barang-barang ini. Ah, aku hanya anak bongsu, apalah yang mereka dapat dengar. Lantas, tidak mampu aku menolak.

‘Eh, kenapa kita nak lunch kat McDonald pula? Takde tempat lain ke?’ monologku sendiri sekali lagi. Rakan-rakan sekelasku mengadakan reunion di Mc Donald di KLCC. Tidak mampu aku tolak ajakan mereka. Takut dianggap alim atau ustazah, padahal aku tidak suka dilabel sebegitu.

‘Alamak, dia beli air starbuck pula, tidak tahu ke Starbuck ni kene boikot?’ monologku skali lagi. Kali ini aku bertekad untuk menegur seniorku yang membeli air di Starbuck di depanku sendiri.

“Berapa harga air ni ye kak? Bukan mahal ke”
“Eh tak tahu ke? tak pernah beli ke?famous la air ni..”
“Oh, tak pernah beli. Er er….memang tak beli kat Starbuck, sebab… ke..kene boikot(dengan nada yang perlahan)”
“Oyeke..sorry tapi ni favourite I. Lagipun I tak setuju lah nak boikot-boikot ni, sebab yang jual tadi pon orang Islam. Kalau kita boikot, nanti kita menzalimi dia pula”
“Betul, tapi ……(sambil menggaru-garu kepala)”

“‘I don’t think it’s work though. Takkan lah kita nak halang keinginan kita nak minum kegemaran kita. Tahulah air ni mahal, tapi once in a while, we deserve to have something like this”

Ah, aku buntu kata-kata didepan seniorku itu. Aku tidak sehebat dia untuk mengatur hujah-hujah. Pulang dari bertemu dengannya, aku sedih sekali sehingga mengalir air mata kerana kekesalanku terhadap kurangnya kesedaran dia untuk membantu umat Islam disana.

“Berapa peratus je yang disalurkan ke Israel tu, yang lain banyak pergi ke dalam keuntungan orang Islam juga. Mereka pun nak mencari rezeki halal”

Tergiang-giang lagi kata-kata seniorku tadi yang membantah usaha memboikot barang Zionist.

Akhirnya aku patah, tidak mampu untuk mengawal perasaan sedih terhadap ketidakpedulian masyarakat kepada Palestin.

“Abang, adik nak pergi Palestin la…adik nak menuntut bela maruah umat Islam di Palestin”

“Jangan mengarutlah..degree pon tak lepas lagi, dah berangan nak ke Palestine”

Sedikit terguris bila dipandang enteng perkara sebegini. Kata-kata Dr Zainurrasyid mengenai isu umat Islam di Palestine masih segar di telinga. Kata-kata semangat ini yang membuatkan aku masih lagi bersemangat untuk terus memboikot barangan Zionist dan bertekad untuk menjejakkan kaki di bumi Palestine

 

…Bersempena program Roadshow Palestin: Searching for Solahuddin anjuran ISMA Eropah, Aman Palestin dan I-Medik

Maklumat lanjut di: http://sos2011.ismaeropah.com/

 
Leave a comment

Posted by on March 31, 2011 in My Thought, Sharing is caring ^_^

 

Belajar daripada Solahuddin:Bagaimana menakluk Palestin?

Pernah baca sejarah islam? Tak berminat? Bila kita mendalami sejarah Islam ni, akan terbit dalam jiwa kita rasa izzah(bangga) terhadap Islam. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan tokoh-tokoh Islam tak jemu-jemu meminta pak cik atau guru mereka menceritakan kisah sejarah islam berkali-kali. Sebab itulah mereka berjaya mencipta sejarah baru. Bagaimanakah pula dengan kita? Hebatkah kita daripada Salahudin Ayubi atau Sultan Muhammad Al-Fateh untuk tidak mempelajari daripada kisah lama sedangkan mereka juga mendalami sirah? Apa kata kita jelajah kisah penakluk kota Juresalem melalui Novel Sejarah Islam terbitan PTS bertajuk SALAHUDIN AYUBI, Penakluk Juresalem karya Abdul Lattip Talib.

Secara peribadi saya sangat teruja dengan Salahudin Ayubi ini atau nama sebenarnya Yusof bin Najmuddin Ayyub. Salahudin ni bukan bangsa Arab pun, dia lahir di Iraq. Meskipun begitu, semangat jihad dalam dirinya telah dipupuk sedari kecil. Salahudin bercita-cita merebut kembali Baitul Maqdis daripada kekuasaan tentera Kristian. Bapanya juga memainkan peranan sangat penting dalam membentuk dirinya dengan mengajarkan ilmu agama, mengajarnya memahami dan menghafaz Al-Quran sejak kecil. Peranan dalam ilmu perang pula dipegang oleh bapa saudaranya, Panglima Asadudin Syirkuwah. Dalam novel ini diceritakan bagaimana Salahudin berhijrah dari  kota Aleppo ke Mesir dan bermulalah zaman kegemilangannya hasil bayaran seluruh jiwa dan raganya untuk berjihad di jalan Allah.

Buku ini juga menceritakan tentang strategi dan taktik peperangan rasulullah yang menjadi ikutan Salahudin Ayubi dan kuasa berpengaruh daripada tentera Salib berpaling tadah kerana telah dibukakan pintu hati untuk menerima Islam. Selain itu, kita juga dapat mengesan perbezaan ketara semasa tentera Salib dan tentera Islam menakluk Jerusalem. Semasa Islam mengambil alih Jerusalem, tiada setitik darah pun ditumpahkan di bumi itu, berbeza sekali dengan tentera Salib yang membunuh tidak kira kanak-kanak dan wanita. Antara kisah yang mencetuskan kekaguman pada saya adalah semasa tentera Sultan Salahudin mencipta satu cecair yang mampu meleburkan kenderaan ciptaan tentera Salib yang boleh memuatkan 500 orang tenteranya.

Pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi sebelum Jerusalem kembali menjadi milik umat Islam apabila berhadapan dengan dua pasukan tentera Salib yang paling kejam terhadap orang Islam. Satu pasukan terdiri daripada pasukan berkuda memakai lambang salib merah diketuai panglima bernama Isbitariah. Apabila menyerang penempatan orang Islam, tiada seorang mangsa pun yang dibiarkan hidup. Manakala satu pasukan lagi terdiri daripada tentera berjalan kaki yang membawa lambang salib berwarna hitam diketuai oleh Dawiah. Salahudin juga telah jatuh sakit dan kesihatannya sangat membimbangkan kerana hanya terbaring di tempat tidur selama beberapa minggu. Tambahan pula, Birnis sering mendapat bantuan kewangan, dan puluhan ribu tentera Salib dari Eropah. Kuasa besar Eropah sedia beri bantuan bila-bila masa apabila diminta.

Kepada yang mengikuti sejarah Salahudin, jangan lepaskan peluang anda menyelusuri kisah  penuh detik mendebarkan, apabila Sultan Salahudin bernazar untuk membunuh Birnis, ketua tentera Salib yang licik dan penuh perasaan dendam dan benci terhadap orang Islam dengan tangannya sendiri. Birnis juga telah bersumpah untuk membunuh Salahudin dengan tangannya sendiri. Siapakah yang berjaya membunuh siapa atau adakah keduanya tidak berjaya menunaikan hasrat masing-masing? Pertemuan empat mata ini sangat berbaloi dinantikan

dipetik daripada laman web: Korea Islamic Malaysia Students (KIMS)

 

…Bersempena program Roadshow Palestin: Searching for Solahuddin

anjuran ISMA Eropah, Aman Palestin dan I-Medik

Maklumat lanjut di: http://sos2011.ismaeropah.com/

 
Leave a comment

Posted by on March 27, 2011 in Al-Aqsa

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.