RSS

Belajar daripada Solahuddin:Bagaimana menakluk Palestin?

27 Mar

Pernah baca sejarah islam? Tak berminat? Bila kita mendalami sejarah Islam ni, akan terbit dalam jiwa kita rasa izzah(bangga) terhadap Islam. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan tokoh-tokoh Islam tak jemu-jemu meminta pak cik atau guru mereka menceritakan kisah sejarah islam berkali-kali. Sebab itulah mereka berjaya mencipta sejarah baru. Bagaimanakah pula dengan kita? Hebatkah kita daripada Salahudin Ayubi atau Sultan Muhammad Al-Fateh untuk tidak mempelajari daripada kisah lama sedangkan mereka juga mendalami sirah? Apa kata kita jelajah kisah penakluk kota Juresalem melalui Novel Sejarah Islam terbitan PTS bertajuk SALAHUDIN AYUBI, Penakluk Juresalem karya Abdul Lattip Talib.

Secara peribadi saya sangat teruja dengan Salahudin Ayubi ini atau nama sebenarnya Yusof bin Najmuddin Ayyub. Salahudin ni bukan bangsa Arab pun, dia lahir di Iraq. Meskipun begitu, semangat jihad dalam dirinya telah dipupuk sedari kecil. Salahudin bercita-cita merebut kembali Baitul Maqdis daripada kekuasaan tentera Kristian. Bapanya juga memainkan peranan sangat penting dalam membentuk dirinya dengan mengajarkan ilmu agama, mengajarnya memahami dan menghafaz Al-Quran sejak kecil. Peranan dalam ilmu perang pula dipegang oleh bapa saudaranya, Panglima Asadudin Syirkuwah. Dalam novel ini diceritakan bagaimana Salahudin berhijrah dari  kota Aleppo ke Mesir dan bermulalah zaman kegemilangannya hasil bayaran seluruh jiwa dan raganya untuk berjihad di jalan Allah.

Buku ini juga menceritakan tentang strategi dan taktik peperangan rasulullah yang menjadi ikutan Salahudin Ayubi dan kuasa berpengaruh daripada tentera Salib berpaling tadah kerana telah dibukakan pintu hati untuk menerima Islam. Selain itu, kita juga dapat mengesan perbezaan ketara semasa tentera Salib dan tentera Islam menakluk Jerusalem. Semasa Islam mengambil alih Jerusalem, tiada setitik darah pun ditumpahkan di bumi itu, berbeza sekali dengan tentera Salib yang membunuh tidak kira kanak-kanak dan wanita. Antara kisah yang mencetuskan kekaguman pada saya adalah semasa tentera Sultan Salahudin mencipta satu cecair yang mampu meleburkan kenderaan ciptaan tentera Salib yang boleh memuatkan 500 orang tenteranya.

Pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi sebelum Jerusalem kembali menjadi milik umat Islam apabila berhadapan dengan dua pasukan tentera Salib yang paling kejam terhadap orang Islam. Satu pasukan terdiri daripada pasukan berkuda memakai lambang salib merah diketuai panglima bernama Isbitariah. Apabila menyerang penempatan orang Islam, tiada seorang mangsa pun yang dibiarkan hidup. Manakala satu pasukan lagi terdiri daripada tentera berjalan kaki yang membawa lambang salib berwarna hitam diketuai oleh Dawiah. Salahudin juga telah jatuh sakit dan kesihatannya sangat membimbangkan kerana hanya terbaring di tempat tidur selama beberapa minggu. Tambahan pula, Birnis sering mendapat bantuan kewangan, dan puluhan ribu tentera Salib dari Eropah. Kuasa besar Eropah sedia beri bantuan bila-bila masa apabila diminta.

Kepada yang mengikuti sejarah Salahudin, jangan lepaskan peluang anda menyelusuri kisah  penuh detik mendebarkan, apabila Sultan Salahudin bernazar untuk membunuh Birnis, ketua tentera Salib yang licik dan penuh perasaan dendam dan benci terhadap orang Islam dengan tangannya sendiri. Birnis juga telah bersumpah untuk membunuh Salahudin dengan tangannya sendiri. Siapakah yang berjaya membunuh siapa atau adakah keduanya tidak berjaya menunaikan hasrat masing-masing? Pertemuan empat mata ini sangat berbaloi dinantikan

dipetik daripada laman web: Korea Islamic Malaysia Students (KIMS)

 

…Bersempena program Roadshow Palestin: Searching for Solahuddin

anjuran ISMA Eropah, Aman Palestin dan I-Medik

Maklumat lanjut di: http://sos2011.ismaeropah.com/

Advertisement
 
Leave a comment

Posted by on March 27, 2011 in Al-Aqsa

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.