RSS

Ini kisahku – Bahagian I

31 Mar

“Bermula selepas termelerainya Deklrasi Balfour, tanah Palestine mula dicerobohi oleh orang Yahudi dan berlakunya penghijrahan orang Yahudi secara besar-besaran”

“Masjid Al-Aqsa itu bumi Para Anbiya, kiblat pertama umat Islam, masjid tersuci ketiga selepas Masjid Nabawi dan juga destinasi Israk mikraj. Tidakkah kita ambil peduli?”

Hari ini aku berasa sungguh kerdil. Seolah-olah ada perkara tidak kena.

Begitu banyak rupanya aku tidak tahu.Walaupun aku mendapat keputusan SPM dengan markah A1 dalam subjek Pendidikan Islamku, tapi itu tidak mampu memberikan aku pengetahuan yang cukup mengenai isu ini. Kesal apabila tidak tahu.

Aku tidak dihantar ke sekolah agama ketika bersekolah rendah. Ibu kata, penat nanti nak sekolah rendah waktu pagi, sekolah agama waktu petang, UPSR nanti tak boleh tumpu. Akibatnya, tulisan jawi pon aku merangkak-rangkak. Padahal rakan-rakan lain sangat laju membaca tulisan jawi. Layakkah aku salahkan ibuku kerana tidak menghantar ke sekolah agama?

“Sejak Deklarasi Balfour, nama Palestine telah lenyap di peta dunia. Yang ditulis diatas Negara tersebut ialah Israel.”

“Umat Islam hari ini boleh dibahagi kepada 5 jenis golongan:
1. Golongan majoriti yang tidak tahu langsung atau hampir tidak tahu mengenai isu Palestin
2. Golongan yang telah putus asa dan tidak memberi harapan kepada Palestin
3. Golongan yang meletakkan harapan kepada kuasa-kuasa besar dunia
4. Golongan yang mengharapkan keajaiban tanpa usaha seperti menantikan kedatangan penyelamat seperti Imam Mahdi dan Nabi Isa dan yang lain-lainnya.
5. Golongan yang meyakini bahawa kemenangan akan dimiliki semula dengan mencontohi kepada perjuangan generasi sebelumnya.

Maka, golongan jenismanakah yang anda ingin jadi?”

Persoalan yang dikeluarkan oleh Dr Zainurrashid pada pagi tadi masih tergiang-giang di telinganya.

Salah akukah bila aku banyak tidak tahu mengenai ini. Sekarang aku sudah berada usia sebaya dengan Sultan Muhammad Al-Fatih ketika dia memimpin tentera Islam menakluk kota Costantinople. Tapi aku sangat jauh dengan dia, pemuda Al-Fatih itu.

Malu aku terhadap diri sendiri apabila isu-isu umat Islam masih aku tidak tahu. Cerita Palestine yang disampaikan oleh Dr Zainurrashid banyak mencuit imanku. Aku berasa sangat sayu mengenangkan penderitaan tanah suci Islam itu. Aku berasa sangat kerdil kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk umat Islam disana. Aku hanya remaja mentah yang tidak tahu apa-apa mengenai Palestin kecuali sedikit. Tetapi kisah penderitaan dan nasib maruah tanah suci Islam disana membuatkan aku berasa ingin menanam cita-cita kecil untuk menjejakkan kaki ke Palestine untuk turut mengangkat senjata.

…………..

Ada benda yang menjadi hati aku sayu. Sayu kerana masyarakat diluar sana masih lagi tidak faham Palestine. Masyarakat sana masih lagi bergantung pada Mc Donald,Nestle dan Starbuck Coffe!

Aku menggeleng kepala kepada mereka yang sedang makan di Mc Donald dan kedai Starbuck. Mengeleng-geleng kepala juga kepada mereka yang menyambar barangan-barangan Nestle masuk ke troli masing-masing ketika membeli belah di supermarket. Terasa sedih apabila ramai yang masih menyapukan bedak Johnson & Johnson di badan mereka tanpa rasa bersalah.

Masakan mereka tidak tahu syarikat yang sedang mereka bayar untuk makan itu menyumbang kepada Zionist!

’Hey, sapa beli Milo Nestle ni? Yang kita kene boikot!’ monolog aku didalam hati. Masakan aku tidak sensitif, dirumahku sendiri ada orang yang masih menggunakan produk Nestle. Rupanya ibu ayahku dan adik beradikku yang lain memang peminat setia milo. Macamana aku mahu katakan tidak kepada barang-barang ini. Ah, aku hanya anak bongsu, apalah yang mereka dapat dengar. Lantas, tidak mampu aku menolak.

‘Eh, kenapa kita nak lunch kat McDonald pula? Takde tempat lain ke?’ monologku sendiri sekali lagi. Rakan-rakan sekelasku mengadakan reunion di Mc Donald di KLCC. Tidak mampu aku tolak ajakan mereka. Takut dianggap alim atau ustazah, padahal aku tidak suka dilabel sebegitu.

‘Alamak, dia beli air starbuck pula, tidak tahu ke Starbuck ni kene boikot?’ monologku skali lagi. Kali ini aku bertekad untuk menegur seniorku yang membeli air di Starbuck di depanku sendiri.

“Berapa harga air ni ye kak? Bukan mahal ke”
“Eh tak tahu ke? tak pernah beli ke?famous la air ni..”
“Oh, tak pernah beli. Er er….memang tak beli kat Starbuck, sebab… ke..kene boikot(dengan nada yang perlahan)”
“Oyeke..sorry tapi ni favourite I. Lagipun I tak setuju lah nak boikot-boikot ni, sebab yang jual tadi pon orang Islam. Kalau kita boikot, nanti kita menzalimi dia pula”
“Betul, tapi ……(sambil menggaru-garu kepala)”

“‘I don’t think it’s work though. Takkan lah kita nak halang keinginan kita nak minum kegemaran kita. Tahulah air ni mahal, tapi once in a while, we deserve to have something like this”

Ah, aku buntu kata-kata didepan seniorku itu. Aku tidak sehebat dia untuk mengatur hujah-hujah. Pulang dari bertemu dengannya, aku sedih sekali sehingga mengalir air mata kerana kekesalanku terhadap kurangnya kesedaran dia untuk membantu umat Islam disana.

“Berapa peratus je yang disalurkan ke Israel tu, yang lain banyak pergi ke dalam keuntungan orang Islam juga. Mereka pun nak mencari rezeki halal”

Tergiang-giang lagi kata-kata seniorku tadi yang membantah usaha memboikot barang Zionist.

Akhirnya aku patah, tidak mampu untuk mengawal perasaan sedih terhadap ketidakpedulian masyarakat kepada Palestin.

“Abang, adik nak pergi Palestin la…adik nak menuntut bela maruah umat Islam di Palestin”

“Jangan mengarutlah..degree pon tak lepas lagi, dah berangan nak ke Palestine”

Sedikit terguris bila dipandang enteng perkara sebegini. Kata-kata Dr Zainurrasyid mengenai isu umat Islam di Palestine masih segar di telinga. Kata-kata semangat ini yang membuatkan aku masih lagi bersemangat untuk terus memboikot barangan Zionist dan bertekad untuk menjejakkan kaki di bumi Palestine

 

…Bersempena program Roadshow Palestin: Searching for Solahuddin anjuran ISMA Eropah, Aman Palestin dan I-Medik

Maklumat lanjut di: http://sos2011.ismaeropah.com/

Advertisement
 
Leave a comment

Posted by on March 31, 2011 in My Thought, Sharing is caring ^_^

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.