“ Sesiapa yang meguasai Palestin, maka dia menguasai dunia.”
Solahuddin Al-Ayyubi
Kata-kata Panglima Salahuddin Al-Ayyubi ini mencuit hatiku. Apakah ciri-ciri pasukan Salahuddin Al-Ayyubi ini sehingga mampu mereka menembus benteng Kota Baitul Maqdis yang dikira sangat kuat itu?
“Taqwa dan Iman kepada Allah serta menjauhkan diri daripada maksiat adalah kunci pertama kepada kemenangan dan petanda kepada berita-berita yang baik”
“Beliau tidak pernah meninggalkan solat berjamaah melainkan beberapa hari ketika sakit sebelum kematiannya.”
“Solahuddin juga sentiasa mengerjakan sembahyang Tahajjud.”
Sungguh, Taqwa dan keimanan kepada Allah menjadi kunci kejayaan Generasi Salahuddin ini.
Namun, aku berasa ada kekurangan lagi dalam diriku sendiri.
Masa ku masih banyak ku luangkan pada perkara yang tidak berfaedah.
Solatku masih lagi ditunaikan pada akhir-akhir waktu. Solat sunat apatah lagi. al- Quran pun jarang untuk aku buka dan baca. Dinding-dindingku bilikku banyak lagi tertampal gambar-gambar artis tempatan dan luar negara.
Oh, rupanya aku juga masih jahil agama! Berkobar-kobar untuk pergi ke Palestine membantu ummat, tapi diri sendiri masih kurang ilmu agama dan masih kurang amal ibadah. Berkobar-kobar untuk memboikot barangan Zionist, tetapi diri sendiri kurang berkeyakinan untuk mengajak orang lain untuk turut memboikot barangan Zionist.
Malam itu, selepas usai solat Isyak, ku dirikan solat Taubat sesungguh-sungguhnya. Ku tadahkan doa memohon keampunan Allah terhadap kelalaian diriku sendiri. Ku panjangkan sujud untuk aku lebih dekat kepadaNya. Ku mohon kepada Allah supaya sentiasa memimpinku ke jalan yang benar. Ku mohon kepada Allah supaya aku menjadi orang yang berguna dan lebih baik.Aku juga memohon supaya Allah membuka pintu hatiku seluas-luasnya untuk aku menerima hidayah dan petunjuk dariNya. Sehingga lewat malam aku bersendirian di tiker sejadah, basah bajuku mengenangkan ketidak sempurnaan diriku dan tidak mampuan diriku untuk membantu Palestine.
……………
Alhandulillah, bertitik tolakkan cemarah Palestin yang dianjurkan oleh Aman Palestine di Masjid Ubudiyah Shah Alam yang pernah aku sertai ketika cuti SPM pada 2006 telah banyak mengubah diriku untuk menjadi seorang yang lebih baik.
Kini aku juga sudah semakin yakin untuk memberi ceramah mengenai Palestine dan maruah umat Islam disana. Jemputan-jemputan ceramah dari sekolah mahupun surau-surau cuba aku penuhi.
Peristiwa yang paling aku ingat ialah ketika aku memberi ceramah Palestine di dalam salah satu program KRIM Pulau Pinang pada Ramadhan yang lalu di Sekolah Rendah Kepala Batas. Usai sahaja aku memberi ceramah, seorang makcik yang tiba-tiba datang dengan lenangan air mata menyerahkan gelang tangannya kepadaku. Dalam sebak tangisannya, dia berkata; “Makcik harap gelang tangan ni akan jadi saksi di depan Allah nanti bahawa makcik juga ingin membantu ummat islam di Palestin.”
Belum cukup dengan itu, seorang pakcik turut tampil bertemuku secara peribadi. Di tangannya ada wang tunai sebanyak RM2000 untuk didermakan buat Palestin. Rupa-rupanya pada penghujung ceramah tersebut, pakcik tadi telah memandu keretanya ke sebuah mesin ATM yang terdekat untuk mengeluarkan duit tersebut.
Subhanallah, aku dulu juga jahil mengenai ini, tapi berkat usaha aku sendiri yang ingin menambah ilmu dan kemahiran, Allah izinkan aku untuk membantu ummat Islam dengan menyebarkan kefahaman pengenai isu ini. Aku tidak mampu untuk pergi ke Palestine, tapi aku cuba sedaya mungkin untuk membantu mereka disana.
“Tiada beriman seorang dari kamu sehingga dia mencintai segala sesuatu bagi saudaranya sebagaimana yang dia cintai bagi dirinya.” (HR. Bukhari).