RSS

Ollscoil na hÉireann Gaillimh

26 May

Ollscoil na hÉireann, Gaillimh atau lebih dikenali sebagai National University of Ireland Galway (NUIG) semestinya menawarkan pengalaman yang berharga dan menarik untuk para pelajar yang bakal menuntut ilmu di sini.

Quadrangle NUIG

Terletak  bersebelahan dengan River Corrib yang menjadi nadi bandar Galway, universiti ini mempunyai enam fakulti:

 •  College of Arts and Celtic Studies
•  College of Engineering
•  College of Medicine, Nursing and Health Sciences
•  College of Science
•  Commerce Faculty
•  Law Faculty

NUIG – Persediaan

NUIG merupakan salah satu universiti yang bernaung di bawah Irish Universities & Medical Consortium (IUMC). Jadi untuk menempah tiket ke sini, pelajar dari Malaysia perlu menghadiri temuduga oleh pihak IUMC. Disebabkan orang Irish terkenal dengan sifat peramah, maka tak perlulah risau! Lazimnya, temuduga akan dijalankan dalam suasana yang cukup mesra dan friendly. Selain daripada soalan wajib ‘kenapa nak jadi doktor, kenapa pilih Ireland, dsb’ lazimnya pelajar akan ditanya mengenai Ireland. Soalan-soalan seperti ‘Siapa Presiden Ireland, populasi penduduk Ireland, tokoh terkenal dari Ireland, serta persamaan antara Ireland dan Malaysia dari sudut sejarah’ adalah soalan yang mungkin akan ditanya.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut

  • IB – 36 points excluding bonus point with minimum 6 in Higher Level subjects
  •  A –Level -  14/15
  •  IELTS – minimum point 6.5

Anda juga digalakkan membeli buku-buku yang diperlukan (untuk mendapatkan senarai buku, sila hubungi saya) dari Malaysia kerana buku-buku di sini mahal. Dinasihatkan juga anda menghubungi senior-senior daripada NUIG untuk memudahkan sebarang urusan sebelum ke sini.

Perubatan di NUIG

Fakulti perubatan di NUIG terletak di Clinical Science Institute, University College Hospital Galway (UCHG). Kursus perubatan 5 tahun yang ditawarkan di NUIG adalah integrated modular curriculum. Ini bermakna para pelajar akan belajar mengenai system-based learning (e.g cardiovascular system, respiratory system) berbanding traditional learning syste’. Oleh itu, subjek-subjek seperti Anatomy, Physiology, Biochemistry, Medicine dan Surgery akan dimasukkan sekaligus ke dalam system-based learning

University College Hospital Galway

Secara umum, 2.5 tahun akan diperuntukkan untuk Pre-clinical Years. Pada waktu ini, para pelajar akan belajar di dalam bilik kuliah. Tiada PBL, jadi jangan risau! Pengalaman yang paling seronok tentulah berada di dalam dissection room dan membedah mayat! Di NUIG, Anatomy Gross-Lab dijalankan sebanyak 2 kali seminggu dan sesi ini sebenarnya sangat menyeronokkan, jauh sekali ngeri dan menakutkan!

NUIG juga menawarkan subjek Professionalisme di mana para pelajar akan diajar untuk menjadi doktor yang baik dan cemerlang melalui Communication & Clinical skills,  Health Informatics, Medical law, Ethics and Human Rights dsb.

2.5 tahun seterusnya adalah untuk Clinical Years. Sewaktu di Clinical Years, para pelajar akan ditugaskan di UCHG sendiri atau akan ditempatkan di hospital-hospital terpilih seperti di Letterkenny, Castlebar, Roscommon dan Sligo . General-practitioner (GP) visit juga merupakan antara agenda yang dilalui oleh para pelajar clinical years.

Galway – City of Tribe

Galway merupakan pekan kecil yang terletak di bahagian barat Ireland.  Galway dipanggil City of Tribe kerana sejarah kewujudan bandar ini adalah disebabkan 14 keluarga pedagang yang telah menghidupkan bandar Galway melalui urusan perdagangan melalui Corrib River. Tenang, aman dan sentosa, Galway merupakan tempat yang paling harmoni untuk belajar dan tinggal selama lima tahun. Corrib River yang menjadi nadi bandar ini mengalir tenang ke Lautan Atlantik di Galway Bay.

Muara Corrib River di Claddagh, Galway City

Galway juga merupakan gerbang ke Connemara, kawasan terbesar di Ireland yang mempunyai penduduk yang masih mengamalkan bahasa Gaelic, bahasa tradisi Ireland. Malah, budaya dan cara hidup bangsa Celtic masih dapat dilihat di Galway. Tidak lupa juga, Cliff of Moher yang juga terletak berdekatan dengan Galway. Pendek kata, Galway merupakan pekan yang dikelilingi pemandangan indah yang memukau jiwa!

Cliff of Moher

Tidak lupa juga kepada penduduk yang ramah dan sentiasa murah untuk menghulurkan senyuman dan bantuan!

Komuniti Malaysia di Galway

Komuniti Malaysia di Galway tidaklah ramai. Sekitar 200 orang. Namun tidak ramai tak bermakna tak meriah! Pelbagai aktiviti yang diaturkan untuk mengeratkan hubungan ukhwah antara komuniti Malaysia di sini.

Vibrant Malaysians in Galway

Di sini para pelajar tahun 1 lazimnya duduk di hall (asrama) universiti. Namun, para pelajar boleh menyewa  rumah apabila masuk tahun ke-2 dan seterusnya. Rumah para pelajar Malaysia di Galway biasanya lebih murah, lebih besar dan lebih selesa.

Setakat ini dahulu maklumat mengenai NUIG.

Céad Míle Fáilte! Kami nantikan kedatangan anda ke sini.

Selamat berjaya!

__________

Penulis, Aisyah Abd Razak merupakan pelajar tahun 3 di NUIG dan merupakan aktivis ISMA Ireland dan merupakan Lajnah Akademik, Persatuan Pelajar Islam Malaysia Galway (PPIMG) serta terlibat aktif dalam Muslim Youth Society NUIG. Penulis boleh dihubungi melalui email aisyah.abdrazak@gmail.com dan di laman Facebook ‘Aisyah Abd Razak’

Advertisement
 
 

3 Responses to Ollscoil na hÉireann Gaillimh

  1. binturazali

    June 18, 2011 at 00:10

    assalamualaikum..kalau bidang pengajian islam ada tak dekat ireland di bawah tajaan kerajaan malaysia?

     
  2. admin

    June 18, 2011 at 04:03

    ws

    setakat ini tidak ada kursus pengajian islam yang ditawarkan di ireland. namun, antara tempat di eropah yang menawarkan pengajian islam ialah di oxford centre for islamic studies
    http://www.oxcis.ac.uk/.

    selain itu, banyak universiti lain di UK yang menawarkan bidang pengajian islam.

     
  3. nsh

    June 18, 2011 at 05:12

    salam.=)) waa..tx kak! info2 ni sgt2 membantu =D

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.